Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Thursday, June 9, 2011

Kanan jiran,kiri pun jiran,depan jiran,belakang pun jiran

Gambar hiasan


Catatan 28hb 05 2011-Sabtu

Ada manusia,hidupnya jauh dari jiran,walaupun sebenarnya sebelah rumahnya kiri,kanan,depan dan belakang semuanya jiran,sesetengahnya tidak hirau dengan jiran sebelah,malah ada yang tak tahu langsung nama jiran sebelah.Macam-macam perangai dan sikap manusia,segan,malu dengan jiran pun ada.Bak kata hidupnya sendiri-sendiri.Apa yang berlaku di persekitaran tempat tinggalnya sikit pun tidak di ambil peduli.Apa pun tak boleh..!.


Di taman-taman perumahan,di rumah teres,pangsa,Flet,kondominium,bahkan di kawasan kampung juga,perihal jiran sebelah pun kadang-kadang tidak tahu dan tidak ambil peduli.Hidup nafsi-nafsi,hidup sendiri-sendiri,apa berlaku,lu fikirlah sendiri..!.Sedang jika kita amati sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“,,Empat puluh rumah tetap bernama tetangga”.(Diriwayatkan oleh Abu Dawud)

Di mana pun kita tinggal,sama ada di kampung atau pun kawasan Bandar(Taman Perumahan),jangan lupa dengan tanggungjawab kita sesama kita,lebih-lebih lagi sesama jiran yang muslim,apatah lagi pada yang bukan muslim,itupun di anjurkan untuk kita menghormati dan menjaga hak-hak mereka.Cuba lihat dan fahami maksud hadis Nabi SAW ini:

“,,Berbuat baiklah dalam bertetangga dengan orang yang menjadi tetanggamu,dengan demikian engkau dapat di sebut seorang mukmin”. (Diriwayatkan oleh Khara’ithi)

Catatan penulisan ini bukanlah untuk mengajar pembaca,penulis sedia maklum pembaca adalah jiran yang baik dan sudah tentunya saling hormat-menghormati,sayang menyayangi antara satu sama lain,terutamanya dengan jiran masing-masing.Jauhi sikap sakit menyakiti,dengki mendengki,kata mengata dan pelbagai lagi perkara yang tidak baik dalam kehidupan berjiran.Gantilah dengan semangat tolong menolong,bantu-membantu dalam apa-apa hal yang berlaku di taman atau pun di kampung yang pembaca sedang duduki sekarang.

Sebagai jiran yang baik,Insyallah,mudah-mudahan Allah mengkabulkan penulis menjadi jiran yang baik,maklum penulis sendiri baru beberapa bulan pindah rumah baru di sebuah taman perumahan yang baru,semangat baru,jiran-jiran pun baru.Kanan jiran,kiri pun jiran,belakang pun jiran,Cuma hadapan sahaja belum ada lagi,baru ada tapak pembinaan untuk perumahan baru,Insyallah bila siap nanti,mereka juga akan menjadi jiran penulis.

Beberapa perkara hak-hak jiran

Jiran atau kata lainnya tetangga,dalam kita berjiran,jangan pula lupa kita dengan hak-hak yang harus kita penuhi terhadap jiran atau tetangga kita.Dalam catatan penulisan ini,penulis senaraikan beberapa hak-hak berjiran,yang penulis nukilkan dari kitab Ihya’Ulumuddin Karangan Imam Ghazali dalam tajuk ‘Hak-hak tetangga’antaranya;

1)Dahuluilah dengan ucapan salam bila bertemu

2)Jangan terlampau banyak bertanya,tentang hal ehwal keadaannya sehari-hari

3)Ziarahilah jikalau ia atau salah seorang keluarganya sakit.


4)Tunjukkan bahawa kita ikut berdukacita jikalau ia mendapat musibah dan segera memberikan pertolongan jika di lihat perlu,sekalipun tidak dimintanya.


5)Menyatakan ikut gembira apabila ia memperolehi kesenangan atau kurniaan Allah SWT.

6)Ampunilah kesalahannya,apalagi yang tidak disengajanya.

7)Jangan meneliti cela atau keburukannya,baik dengan cara apa pun


8)Jangan membuat sesuatau yang tidak mengenakan perasaannya umpamanya meletakkan batang pohon di dinding rumahnya.

9)Jangan mempersempit jalan menuju ke rumahnya.


10)Jangan terus menerus meneliti apa yang dibawa olehnya kerumahnya sendiri.


11)Tutupilah cela-cela yang nampak dimatamu dan jangan disiar-siarkan kepada siapapun.


12)Semangatkanlah jiwanya untuk terus berusaha menanggungulangi kesukaran-kesukaran,apabila pada suatu ketika ia mendapatkannya.


13)Jangan lupa tengok-tengokan rumahnya,bila dia tidak ada di rumah.


14)Jangan dengar ucapan orang lain mengenai dirinya,yang berupa umpatan atau berita-berita yang tidak menyenangkan.


15)Tundukkan matamu jika melihat isterinya.


16)Jangan selalu pandang pelayan wanitanya (tukang gaji atau pembantu rumah).


17)Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya,baik dengan percakapan atau pun lain-lain.


18)Tunjukkanlah sesuatau yang tidak diketahui oleh saudaranya,baik yang dalam urusan keduniaan atai keakhirataan.


Demikianlah,18 hak-hak jiran,yang mana,jika hak-hak itu di laksanakan atau dipraktiskan oleh seluruh jiran-jiran yang berada di muka bumi ini,nescaya aman damailah kehidupan kita semua.Maka bertambah harmonilah di mana pun kita berada.Semoga kita dapat sama-sama merealisasikan apa yang di sebut di atas.Akhirnya semoga kita menjadi jiran yang baik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI