Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Saturday, June 11, 2011

Rumahtangga,apa yang penting…..kerjasama..!

Keluarga harmoni


Catatan 29hb 05 2011-Ahad

Hidup berumahtangga,ada banyak ragamnya,adakalanya manis,adakalanya pahit,adakalanya sedih,adakalanya riang gembira dan sesekali memang akan merasai ‘Adakalanya’.Semua itu adalah ujian kehidupan alam rumahtangga,Siapa yang belum kahwin,cepat-cepatlah kahwin,anda pasti akan nikmati keindahan perkahwinan.Asam garam hidup berumahtangga akan anda rasa setelah anda berkahwin.Nikmat perkahwinan jauh bezanya,sebelum anda mengikat tali pernikahan.Maklum sahaja,hubungan kemesraan yang di lakukan sebelum pernikahan sangat-sangat di larang dan wajib di hindari.Untuk mengelakan sebarang ketidakmanisan itu,mestilah wajib di akhiri dengan ikatan pernikahan,maka segala yang terlarang akan menjadi keindahan.

Justeru itu,pernikahan adalah jalan terbaik untuk menyatakan rasa kasih sayang,cinta,rindu dendam selama ini.Setiap pasangan mempunyai impian dan cita rasa dalam menyampaikan rasa cinta itu,terpulang pada masing-masing.Tiada siapa yang melarang,melainkan ada sesuatu yang menghalang untuk merentasi jalan itu atau ada halangan besar yang harus ditangguh buat sementara kerana laluan itu belum mengizinkan untuk di terokai…..,Terpaksa dan mesti di tenangkan sementara rasa cinta dendam yang mendalam,yang makin membuak.Justeru itu harus sabar..!.Tak kan lari gunung di kejar..!.Harus sabar..!.

Perlu diingat,matlamat perkahwinan itu,bukan hanya sekadar untuk melampiskan cinta yang mendalam itu sahaja,tetapi ia penuh pertanggungjawabannya,satu sama lain ada mempunyai tuntutan hak masing-masing.Baik pun zahir mahupun batin.Harus di bahagi-bahagi dengan seadilnya juga sebaiknya.Ada satu gandingan yang mantap dan harmoni dalam melayarkan bahtera kehidupan,lebih-lebih lagi di era zaman alam maya yang penuh dengan lakon layar yang berbeza ini.Kasih sayang itu bukan sahaja dalam bentuk batinnya sahaja,tapi kasih sayang dalam bentuk zahir,perlu di sempurnakan sebaiknya.Materialnya juga penting untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Keperluan hidup yang semakin meningkat,itu meliputi ekonomi,kewangan,rumah dan sebagainya.Itu semua adalah keperluan yang mesti ada dan ianya harus di wujudkan,biarpun sedikit demi sedikit,Usaha demi mencari kesempurnaan kehidupan rumahtangga yang harmonis.Laksanakannya dengan sabar dan reda.Selalu bergantung pada yang mencipta kita.Ia pasti menolong kita.Ia tidak pernah menghampakan dan pastinya Ia akan membantu setiap yang kita pohonkan.Setiap yang di usahakan pasti dalam situasi tolong-menolong dan saling bantu membantu antara pasangan masing-masing.Apa yang penting adalah kerjasama.

Dengan adanya kerjasama dalam membina kerukunan rumahtangga itu,sudah pastinya akan memudahkan urusan kehidupan yang berpanjangan.Masing-masing menjalankan tanggungjawab yang di gariskan oleh agama,Si Suami dengan hak-haknya,si isteri juga dengan hak-haknya.Sejujurnya,di laksanakan dengan rela dan reda,kerana itu menuntut kesabaran yang tinggi dalam hubungan kehidupan rumahtangga.Sebarang kelemahan masing-masing harus,saling di faham memahami,jangalah sampai lanjut menjadi perbezaan yang mendalam sehingga menggangui keharmonian rumahtangga.Bermesyuwarahlah setiap kali ada perselisihan sama ada perkara kecil mahupun besar,tanyakan dari hati ke hati,tanpa ada yang mengoreskan hati masing-masing.Kesudahan dari itu,bermaaf-maafanlah demi kasih sayang masing-masing.Kesudahanya dari itu,pasti ada sesuatu yang sangat romantis..!.

Ya..itulah serba sedikit asam garam kehidupan rumahtangga,bermula dari perkenalan sehinggalah sampai masa ikatan pernikahan,ujian-ujian,halangan-halangan akan berterusan,semuanya itu bagi mematangkan kehidupan rumahtangga masing-masing.Justeru itu bersabarlah dalam setiap ujian atau badai rumahtangga yang melanda.Kuat kan iman dan ketaqwaan hanya pada Allah.Itulah kunci keharmonian yang sebenar-benarnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI