Majlis
di adakan pada Ahad, 28 HB 10 2012M Bersamaan 12 Zulhijjah 1433H
Diam
tak diam Nur Dania Balqis sudah menginjak usia hampir empat tahun, manakala
adiknya pula Muhammad Anas masuk dua tahun. Alhamdulillah yang tidak terhingga
kepada Allah SWT yang memberi nikmat anak-anak dengan kesihatan yang baik dan
tumbesaran yang sempurna (setakat ini, mudah-mudahan berterusan sihat dengan
sebaiknya ).
Bagi
meraikan kesyukuran ini, kami telah mengadakan sedikit sambutan bagi
mengembirakan hati permata hati kami berdua itu, tak tahulah sama ada mereka
sudah menikmati perasaan kegembiraan atau pun tidak, namun melihat riak dan
wajah Nur Dania Balqis mungkin sudah dapat merasainya, lebih-lebih lagi bila Pak
Cik dan Mak Ciknya memberikan hadiah yang pelbagai. Melihat riak wajahnya
gembiralah tu.
Seperti
tahun yang lepas ( 2011 ), kami sekalikan majlis hari lahir Nur Dania Balqis
bersama hari lahir Muhammad Anas. Majlis ringkas di mulai dengan ucapan terima
kasih Abi pada saudara yang hadir, bacaan doa selamat , acara potong kek Nur
Dania Balqis dan Muhammad Anas. Selepas itu seperti biasa acara makan-makan dan
borak-borak. Menu pada hari itu rojak singapura ( order dengan pelajar Ummi ),
nasi goreng dan lain-lain.
Harapan Abi Dan Ummi
“ Semoga permata hati Abi, Nur Dania Balqis dan Muhammad
Anas akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, di beri kesihatan dan
keselamatan, di lindungi oleh Allah SWT selalu. Bila besar kelak akan menjadi
insane yang beragama, cinta dan sayangkan agama. Taatkan ibubapa (Abi dan
Ummi), taat perintah Allah SWT dan taat pada Rasulullah SAW, Guru-guru yang
soleh serta menghormati masyarakat. Moga kamu berdoa berada dalam Rahmat dan Reda Allah SWT selalu.
Ingatlah Abi dan Ummi
sayangkan kamu semua, doakan Abi atau Ummi, jika kami tiada lagi bersama kamu
suatau hari nanti...I LOVE YOU SO MUCH..!!!. “
No comments:
Post a Comment