Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, October 29, 2012

Bertemu Lagi


Nur Dania Balqis


Alhamdulillah, baru hari ini Abi sempat menulis untuk mengisi blog ini, sudah berapa bulan tidak menulis sesuatu perkongsian dalam blog ini, rasa rindu untuk menulis sesuatu di sini. Terlebih dahulu Abi ingin mengucapkan SALAM AIDILADHA 1433H, maaflah kerana terlewat mengucapkan perayaan yang sangat beerti buat Umat Islam di seluruh dunia ini. Juga dipanggil dengan nama Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Diharapkan agar para sahabat blogger sihat dan di Rahmati Allah SWT selalu.

Banyak aktiviti, catatan perjalanan kehidupan Abi dan perkembangan Nur Dania Balqis yang Abi tidak sempat kongsikan, biar pun adakalanya sudah dicatat dalam buku nota, namun dek’ kerana semangat untuk menulis menurun maka banyaklah perkara-perkara yang tinggal begitu sahaja. Apa pun yang berlalu biarlah berlalu, namun ruang yang masih ada ini insyallah Abi akan kongsikan sesuatau yang bermanfaat.

Tahniahlah kepada sahabat yang berkorban pada tahun ini, semoga ibadah korban yang dilaksanakan di terima oleh Allah SWT sebagai amal soleh untuk bekalan ke akhirat nanti. Bila menjelang Zulhijjah kita akan ingat ibadah haji dan badah korban antara satu saling berkait. Ibadah haji dituntut bagi mereka yang ada kemampuan, sihat tubuh badan, punyai kenderaan untuk ke sana, malah cita-cita ini tersemat di hati setiap umat Islam.

Syabas dan tahniahlah kepada sahabat yang mungkin sedang menunaikan ibadah haji ini. Allah telah memilih untuk menjadi tetamunya, semoga ibadah haji yang dikerjakan diterima oleh Allah SWT sebagai haji yang mabrur. Bila menulis tentang sahabat yang pergi haji, terkenang pula Abi dengan emak Abi yang sedang turut menunaikan haji bersama adik ipar dan saudara yang lain.

Rindu sangat untuk menatap wajah emak, hampir sebulan tidak berbual dengannya. Namun biarlah emak sedang menjadi tetamu Allah. Di sini kami mendoakan agar emak sentiasa sihat, selamat, dimudahkan segala urusan ibadah hajinya dan di reda dan di rahmati Allah selalu hendaknya. Amin...!.

Ya..begitulah indahnya mereka yang menunaikan ibadah haji, mereka menyerahkan bulat-bulat hanya kepada Allah SWT. Jiwa raga mereka dan pengorbanan mereka sudah tentunya akan menerima ganjaran yang besar dari Allah SWT. Abi mendoakan semua para haji Malaysia dan para haji dari seluruh dunia beroleh haji yang mabrur.

Dengan mengambil semanagt Zulhijjah ini,Insyallah Abi akan cuba menulis kembali diblog ini. Segala rentetan kehidupan ini perlu dinukilkan, biarpun sekelumit Cuma namun ianya akan menjadi bahan sejarah dan kenangan untuk tatapan kedua anak-anak Abi, Nur Dania Balqis dan Muhammad Anas.

Untuk akhirnya, semoga kita semua di Rahmati Allah SWT dalam apa jua situasinya. Hidup tenang, bahagia dan harmoni milik hamba-hamba yang beriman.

Sekian, Jumpa lagi !.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI