Tahlil dan doa di bacakan oleh Kekanda Dato Muhyuddin Bin Ibrahim
Majlis tahlil untuk bulan ini diadakan di Bandar Bahru Bangi, di rumah adinda Mohd Fadzil Ibrahim. Seperti dirancang, Alhamdulillah majlis ini berjaya diadakan. Tahlil dimulakan tepat jam 3.30 petang. Bacaan tahlil dibawa oleh Kekanda Dato Hj Muhyuddin Ibrahim.
Bacaan Doa
Doa memohon rahamat dan redha, Juga bacaan doa dihadiahkan untuk arwah ayahnda Hj Ibrahim, Bonda Hjh. Roboah Bin Hj.Ehsan serta Kekanda Muhammad Asri Bin Ibrahim. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan meletakkan mereka bersama roh-roh orang-orang yang beriman dan muttaqin.
Amin Ya Rabb!
Jamuan Makan
Pelbagai juadah disajikan.Tuan rumah menyediakan menu istimewa Nasi Ambeng JDT. Ahli keluarga lain ada yang membawa kuih muih, buah, kerepek dan sebagainya.
Syukur Ya Rabb! masih memberikan kami nikmat makan, jadikanlah kami hamba-hambamu yang bersyukur!
Syukur Ya Rabb! masih memberikan kami nikmat makan, jadikanlah kami hamba-hambamu yang bersyukur!
Acara Potong Kek
Acara potong kek hari jadi bagi kelahiran bulan Disember 2015. Diucapkan semoga panjang umur dan murah rezeki serta dirahmati dan diberkati kehidupan abang-abang, anak buah, kakak-kakak yang menyambutnya pada bulan Disember 2015.
Mesyuarat Keluarga
Membincangakan aktiviti-aktiviti Keluarga Bani Ibrahim untuk tahun 2016. Memberitahu berkaitan dengan program KORBAN BANI IBRAHIM 2016 dan nama-nama tahlil bulanan.
Semoga ukhwah antara kita semakin utuh dan kukuh demi merai redha Ilahi. Insyallah bertemu di majlis tahlil tahun hadapan 2016.
No comments:
Post a Comment