Hampir beberapa bulan abi tidak kemaskini blog ini. Entah penyakit malas ini asyik
sangat hinggap dalam diri ini. Tidak macam mula-mula masa bina blog ini.
Pantang sahaja ada apa cerita, mahu sahaja semua ditulis dan dikongsikan di
sini. Sejak kelahiran Nur Dania Balqis sehinggalah perkembangan pembesarannya,
beberapa lewat tahun yang lalu.
Blog
yang di bina ini pada mulanya, merupakan sebuah blog bagi menggambarkan betapa
gembiranya abi dengan kelahiran cahaya mata yang pertama. Ia dinamakan sempena
anak yang pertama, Nur Dania Balqis. Pada mulanya, macam-macam yang abi
kongsikan dalam setiap tulisan yang diterbitkan. Seronok memang seronok bila
sudah memiliki cahaya mata. Semua mahu dikongsi.
Bila
letih balik kerja, melihat wajah anak memang sangat menenangkan, yang letih
menjadi kuat. Melihat karenah dan keletah anak menjadi hilang segala kepenatan.
Semua rezeki dari Allah S.W.T., hanya Dialah tempat kita mengucapkan
kesyukuran.
Dari
sehari ke sehari, masa berganti masa, minggu berganti minggu, tahun berganti
tahun…diam tidak diam, kini sudah berumur enam tahun sudah anak yang pertama.
Anak kedua berumur lima tahun dan anak yang ketiga sudah berumur setahun lima
bulan. Pantasnya masa berlalu. Umur abi pun sudah bertambah, semakin tua, semakin
dewasa, semakin menuju ke alam sana.
Begitulah
putaran usia, kehidupan semakin kepenghujung buat diri abi ini. Bila sudah
berusia, macam-macam sakit boleh datang, mahu tidak mahu, nak ke tak nak, jika
ditakdirkan ia datang, ia tetap datang. Pentingnya menjaga kesihatan dalam usia
sebegini, awal usia 40-an. Itulah pesan umi selalu pada abi.
Maklum
sahaja, semenjak-menjak ni, daya tahan tubuh sangat mudah kena demam, selsema,
batuk-batuk mudah sahaja hinggap dan menyerang. Ia juga faktor usia yang semakin
bertambah. Apa pun, selagi ada daya, hidup harus diteruskan dan dijayakan.
Selagi maut belum menjemput tiba, pergunakanlah
usia, tenaga, masa dan apa-apa sahaja yang masih dimiliki dimanfaatka
dengan sesuatu yang berfaedah.
Bila
mengenang anak-anak yang masih kecil, sedang usia semakin menua, hati dan
perasaan ini, kadang-kadang sayu, sedih dan bercampur-campur. Maklum anak-anak
masih kecil. Entah sempat atau tidak melihat mereka membesar, bersekolah,
beroleh kejayaan dan mengharungi kehidupan masing-masing. Mana tidaknya
perasaan-perasaan sebegini menerjah di hati seorang abi.
Cuma
abi berserah sahaja pada yang kuasa. Ajal maut hanya Dia Yang Maha Tahu. Kita
selaku hambanya cuma mampu berdoa sebaik-baiknya untuk kehidupan yang
mendatang. Anak-anak adalah perwaris seterusnya, semoga dididkan di rumah dan
di sekolah dapat menjadikan mereka anak-anak yang baik dan bertanggungjawab.
Itulah harapan abi selama ini sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment