Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, October 6, 2013

Warkah Cinta Buat Anakku (1)



Monolog Untuk Anak-Anakku

Melihat wajah anak-anak satu persatu yang masih kecil. Rasa pilu di hati, timbul persoalan, apakah aku akan berpeluang melihat mereka pabila besar nanti?. Aku biarkan persolan itu berlalu, hanya istighfar yang melantun dibibirku. Hanya doa dan harapan pada Ilahi agar aku dapat menikmati usia yang berkat dan panjang untuk melihat kedua-dua putera dan puteriku besar nanti. Semuanya kuasa Allah, hanya Dia  Yang Berkuasa.

Ya...anak-anak adalah cahaya mata, penghibur jiwa buat dua ibu bapa. Mereka penyeri dalam hidup berumahtangga. Karenah dan kaletah anak-anak menghiburkan adakalanya jika tidak ditangani dengan sabar boleh hilang kesabaran, ya, maklum sahaja, anak-anak namanya. Bila merajuk, bila menangis sudah mahunya dipujuk nanti terus-terusan menangis, itulah anak-anak. Selaku ibu dan bapa harus menangani dengan belaian kasih dan sayang.

Begitulah aku, bila melihat anak-anakku yang baru sahaja menginjak empat tahun dan seorang lagi tiga tahun. Ah...betapa mereka berdua menghiburkan hatiku bila aku kepenatan pulang dari kerja. Bila aku salami dia sambut dan membalas salam ku, adakalanya aku dukung kedua-duanya. Jika tidak, ada yang jeles. Maka kedua-duanya aku dukung untuk elakkan dari pilih kasih.

Duhai anak-anakku, jika kau tahu perasaan Abi mu ini, namun adakalanya Allah uji kesabaran ku, jika moodku tidak baik, tengkinganku meninggi, hingga berubah wajah yang ceria tadi. Ah...betapa yang sebenarnya Abi mu sangat sayangkan kamu berdua. Cuma adakalanya Abi mu emosi tiada bertempat...maafkan Abi anak-anakku...!

Anakku Nur Dania Balqis...

Dalam coretan ini Abi ingin berpesan padamu, ketahuilah ajal dan maut ditangan Allah. Hanya Allah yang tahu bilakah tempoh tamat usia Abi juga usia ummimu. Mungkin esok, hari ini...entah Abi tidak tahu. Biarlah persoalan ajal maut itu sementara.

Dalam kesempatan ini Abi ingin mencoretkan beberapa perkara untuk mu pada suatu masa nanti. Mungkin coretan ini, bukan hari ini kau baca, kerana kau belum tahu dan fasih membaca lagi. Tetapi Abi yakin kau akan baca suatu hari nanti.

Anaku Nur Dania Balqis...

Sesungguhnya kehadiranmu di dunia dan dipangkuan umi dan Abi semuanya dengan kuasa Allah, hanya Dialah Yang Maha Kuasa. Dia yang menyatakan ‘KUN FA YAKUN...JADI MAKA JADILAH...’. Maka lahirlah dirimu kesisi abi dan ummi, sungguh ummi merasai keperitan dan kesakitan yang amat sangat tetapi ummi kuat, ummi sabar, ummi berdoa agar bayi yang dilahirkan selamat kedunia ini.

Sebenarnya sebelum kau lahir beberapa hari sebelum itu Ummi mu telah mengalami demam yang agak teruk, waktu itu ummi mu sedang berkrusus di Port Dickson. Abi ada coretkan cerita ini di dalam coretan yang Abi tulis beberapa tahun lalu selepas kelahiran mu. Bila ada masa nanti bacalah, carilah dalam fail-fail penulisan Abi.

Namun saat-saat yang Abi terasa syukur nikmatnya bila sewaktu Abi mahu melaungkan azan ketelingamu, kalimah tauhid yang pertamakali Abi mahu bisikan ditelingamu, bila Abi melaungkan azan tiba-tiba bibirmu menguntumkan sebuah senyuman yang indah pada Abi, barangkali telingamu mendengar alunan azan itu. Alangkah tidak terkiranya Abi syukur pada Allah.

Abi ada nukilkan beberapa sajak selepas itu, Nah...Abi nukilkan semula untuk kau hayati sesungguhnya hanya untuk mu anakku...

Saat Ku Alunkan Azan Ketelinga Mu

Saatku alunkan azan ke telingamu
Matamu terbuka bersama senyuman
Terasa terharu ku melihatnya...
Aku terpaku dan takjub akan kuasa Tuhan
Benarlah kata Nabi-Mu
Anak-anak di lahirkan dalam keadaan suci bersih
Hatinya bersih belum dikotori
Telinganya mampu mendengar dan menerima apa yang didengari
Aku merasa sebak bila ini terjadi
Kerana kelahirannya memberi erti yang besar pada-ku
Tuhan...
Terima kasih atas kelahirannya
Moga aku menjadi
Insane yang bersyukur.

ABI-3OHB 06 2009
PAGI SELASA
JAM: 2.05PAGI
MERU.



Senyuman Dan Tangisan-Mu

Senyuman-Mu
Membuat Abi dan Ummi merasa bahagia
Syukur dan tenang sekali
Senyuman-Mu
Bias membuatkan Abi dan Ummi
Rasa terharu dan sayu
Mengenag kelahiran seorang zuriat di sisi Abi dan Ummi
Ya…Sesungguhnya senyuman-Mu
Yang pertamakali membuatkan Abi dan Ummi
Benar-benar bahagia dan sykur
Tangisan-Mu
Membuatkan Abi dan Ummi
Rasa takut dan bimbang
Sakit kah wahai anak Abi dan Ummi
Tangisan-Mu
Benar-benar mengingatkan Abi dan Ummi
Tentang anugerah ini harus di syukuri
Dan di hargai
Ya…Sesungguhnya Tangisan-Mu benar-benar
Menginsafkan Abi dan Ummi
Tentang tanggungjawab yang besar terhadap-Mu
Tangisan dan senyuman-Mu
Adalah hadiah Tuhan untuk Abi dan Ummi
Syukur pada-Mu Tuhan.

ABI-30hb 06 2009-Pagi Selasa

Jam 2.25 pagi



Bagimana perasaanmu ketika ini anakku, setelah membaca nukilan sajak di atas?.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI