Lama rasanya Abi
tidak update blog Nur Dania Balqis. Abi rasa bukan Abi yang keseorangan rasa
begini, mungkin sahabat blogger yang lain turut merasa begini bila blog yang
dibina senyap tanpa ada apa-apa perkongsian. Banyak perkongsian dairi kehidupan
famili hilang begitu sahaja. Pelbagai peristiwa yang berlaku di persekitaran
Abi sekeluarga tidak sempat dirakam dan dinukilkan melalui penulisan di sini.
Kerosakan laptop yang tidak dibaiki dan segala macam perkara yang perlu
diutamakan menyebabkan perkongsian dalam blog ini tergendala.
Blog pertama yang
Abi wujudkan ini adalah permulaan Abi mahu membiasakan dengan menulis apa
sahaja yang berlaku dipersekitaran famili Abi pada mula ia dibina. Juga untuk
membiasakan Abi merakamkan peristiwa, berita dan cerita-cerita yang boleh
menjadi manfaat kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini. Suka duka
dalam kehidupan yang dilalui dan apa sahaja perjalanan hidup yang pernah
dilalui yang mana mungkin ada faedah dan manfaatnya untuk dikongsi dengan
sahabat blogger yang lain.
Entah mengapa
hari ini ( malam ini) sebelum pergi kerja Abi buka semula fail penulisan yang
lama-lama, penulisan perkongsian yang pernah Abi post di blog ini. Seronok pula
bila membaca semula cerita-cerita beberapa tahun yang lalu. Tentang
perkembangan puteri Abi Nur Dania Balqis, perkongsian ilmu, gambar-gambar Nur
Dania Balqis semasa kecil, semuanya mengimbau semula nostalgia beberapa tahun
yang lalu. Rasanya pantas sungguh masa berlalu.
Kini, dengan izin
Allah SWT, Nur Dania Balqis sudah berumur empat tahun lebih...juga usia blog
ini pun sudah enam tahun berada di alam maya ini. Insyallah, dengan semangat
yang diperolehi dari kursus penulisan yang Abi sertai baharu-baharu ini telah
menyuntik kembali enargi untuk menulis apa-apa sahaja di blog ini. Blog ini Abi
untukkan penulisan tentang famili dan perkembangan Nur Dania Balqis serta yang
lain-lainnya. Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan agar Abi dapat meneruskan
kerja-kerja penulisan di blog ini.
Untuk akhirnya, salam
perjuangan dan salam kasih sayang kepada semua blogger yang masih aktif menulis
di blog masing-masing. Sehingga bertemu dalam penulisan yang seterusnya. Semoga
Allah terus memberi taufik dan hidayahnya kepada semua.
Amin Ya Rabb!.
No comments:
Post a Comment