Dalam seminggu lebih lagi emak akan
pulang ke tanah air dari mengerjakan ibadah haji,semoga juga beroleh haji yang
mabrur dan di terima oleh Allah S.W.T, insyallah panjang umur, jumpa emak.
Semoga emak sihat dan di rahmati serta di lindungi oleh Allah S.W.T. Abi sangat
rindu ingin menatap wajah emak. Maklum hampir sebulan tak menatap wajah emak
secara dekat dan berbual-bual dengan emak. Rasa rindu yang amat, begitu sekali
bila berjauhan rupanya. Tak sabar mahu menatapnya dan memeluknya.
Biasa nya bila Abi balik kerja,
singgah rumah emak, tengok emak.Sebagai rutin biasa seorang anak ziarah emak.
Dalam hati tatkala melihat wajahnya mendoakan kesihatannya, kesejahteraannya,
semoga emak bahagia selalu. Moga doa Abi di terima sebagai amal soleh terhadap
emak dan juga bapa.
Kadang-kadang terfikir, bagaimana lah
perasaan seorang anak yang sudah tiada emak atau bapa, ya..tak terbayang
perasaan Abi. Hari ini Abi masih ada emak dan bapa, masih lagi boleh berbual,
boleh menatap wajahnya secara dekat. Masih bisa menyentuh tangannya, ya..sebak
rasanya bila kenang beruntungnya masih ada emak dan bapa. Orang lain yang sudah
kehilangan emak atau bapa tentu beza perasaannya.
“ Ya..Allah,,,Ampunkan
lah dosa-dosa kedua ibu dan bapa ku, berilah kesihatan dan keselamatan,
kebahagian dan kesejahteraan hidupnya, di rahmati dan di lindungi oleh mu,
sentiasa dalam dakapan hidayah-Mu. Sentiasa di jalan-Mu yang lurus..Amin Ya
Rabb..”
Semoga Allah memperkenan kan doa Abi, juga agar
coretan ringkas ini menjadi inspirasi untuk kita terus menyanyangi kedua ibu
bapa kita. Khususnya kepada diri Abi sendiri serta anak-anak Abi yang suatu
masa jika di izinkan membaca coretan ini.
Sekian.
Jumpa lagi..!
No comments:
Post a Comment