Gambar dari facebook TV AL-HIJRAH
Karnival Cinta Masjid
Ahad
di rai sekali lagi dengan berkunjung ke Karnival Cintai Masjid anjuran TV
AL-HIJRAH yang diadakan di perkarangan Masjid Negeri Selangor.Bertolak
sekitar jam 2 petang bersama keluarga tercinta,mengisi waktu-waktu yang ada
bersama keluarga memang menyeronokan.Distinasi ke masjid negeri,untuk meraikan karnival
cinta masjid.Ramai pengunjung, maklum hujung minggu hari cuti.Masjid yang besar
dan luas sekitarnya itu dipenuhi kenderaan para pengunjung.Malah di kanan kiri
luar masjid juga banyak kenderaan yang parkir di situ.
Pusing
punya pusing dapat juga parkir biar pun agak jauh menuju ke tempat karnival.Alhamdulilah
sampai juga akhirnya.Dania dan Anas lena tidur pula,kejutkan Dania yang sedang
enak tidur di kerusi belakang.Kami berjalan menuju distinasi,Abi mengendong
Anas yang semakin berisi,lenguh juga dibuatnya tangan Abi.Umi memimpin
Dania.Sampai di gerai Abang Hassan,Umi tumpang letak beg dan barang.Kami
ronda-ronda kesetiap booth-booth yang disediakan itu.
Selepas
kami ronda,kami masuk ke bawah masjid,di bahagian dewan solat ,penuh dengan
orang ramai sedang mengikuti rakaman 6o minit bersama Ustaz Don.Orang ramai
lebih tertunpu pada rakaman 60 minit bersama Ustaz Don,dari kaum wanita,bapa
dan anak-anak kecil sangat meminati Ustaz Don.Kini bagai satu fenomena yang
berlaku,arus perubahan masyarakat semakin meminati para ustaz yang ikhlas
menyampaikan ilmu.Dengan teknik yang santai dan bersahaja para ustaz yang
menyampaikan ilmunya sangat disenangi oleh masyarakat.Kita berdoa agar arus
perubahan ini berterusan bukan sekadar fenomena semata-mata.
Dalam
rakaman itu,Ustaz Don telah membicarakan perihal Israk dan Mikraj dengan
kupasan yang sangat menarik.Orang ramai masih tidak berganjak mengikuti rakaman
itu.Satu yang menarik dalam karnival itu ialah adanya booth yang menjual
buku.satu khemah menjual buku-buku agama keluaram Mustread dan juga buku-buku
keluaran Karangkraf,ramai juga yang kesitu.Buku dari Mustread banyak
dijual,pelbagai tajuk dan pilihan boleh didapati di situ.Tabiat membaca sudah
menjadi budaya sebahagian masyarakat kita.Moga ianya terus berkekalan meresap
dalam setiap jiwa umat Islam semua.
Memang
menyeronokan bila ada karnival sebegini,sekurang-kurangnya masyarakat akan
lebih dekat dengan masjid dan tanggapan masjid hanya untuk sembahyang tertolak
sama sekali.Masjid bukan sahaja untuk tempat keagamaan semata-mata tetapi untuk
aktiviti keduniaan juga boleh dilakukan di masjid.Karnival Cintai Masjid ini
sangat menarik masyarakat untuk mengunjungi masjid.Sebelum ini juga TV
AL-HIJRAH pun sudah mengadakan di masjid yang lain,usaha-usaha ini sangat
murni dan amat di alu-alukan.
Syabas
dan tahniah buat TV AL-HIJRAH,sekurang-kurangnya Ahad kami tidak sia-sia
dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Di samping mengeratkan tali ikatan
kekeluargaan kami,ia nya juga memberikan kami sedikit info dan input dari karnival
tersebut.Kaki kami pun sudah lenguh dan kepenatan sudah terasa,sekitar jam 6.45
petang kami bertolak balik.Semoga tindakan dan perlakuan kami ini menjadi
ibadah yang akan dinilai oleh Allah SWT.Amin..!.
No comments:
Post a Comment