Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, June 28, 2009

Puisi Rejab Untuk Nur Dania Balqis



Nikmat Rejab 1430H

Rejab datang kembali

Membawa seribu erti buat kehidupan

Seorang muslim

Kedatangannya amat di tunggu bagi mereka yang merindui

Di dalamnya terkandung pelbagai fadhilat

Nikmat dan barokah ada di dalamnya

Kerana ia adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada Hambanya

Marilah kita beramal sebanyaknya

Puasa,Solat,Zikir,berselawat,bertasbih,beristighfar,membaca Quran

Dan segala rupa kebaikan dan kebajikan kita tunaikan

Kerana pintunya di buka seluas2nya untuk kita…

Rejab…bawalah kami dalam arus-mu

Bawalah kami ke dalam pelayaran-mu

Jangan jadikan kami golongan yang rugi dan alpa tentang besarnya fadhilat-mu

Tuhan…Kami hamba-Mu amat lemah dan kerdil dihadapan-Mu

Bantulah hamba-Mu dalam menyelusuri arus rejab yang deras ini

Jangalah kau jadikan kami orang yang ketinggalan dalam bulan-Mu ini...

Rejab ini jadikanlah kami benar-benar menjadi hamba yang bertaqwa

Rejab ini jadikanlah kami benar-benar menjadi seorang Pemimpin yang bertaqwa

Rejab ini jadikanlah Keluarga kami benar-benar keluarga yang bertaqwa

Rejab ini jadkanlah kami seorang Ayah yang benar-benar bertaqwa

Rejab ini jadikanlah kami seorang isteri yang benar-benat bertaqwa

Rejab ini jadikanlah kami anak-anak yang benar-benar bertaqwa

Dan biarlah harapan kami ini berterusan sehingga Rejab-Rejab yang akan datang

Inilah harapan kami pada-Mu Tuhan dalam Rejab kali ini.

Terima kasih Tuhan kerana Nikmat Dan Anugerah Rejab untuk kami semua.


ABI 2009-06-27

Sabtu-2.43 ptg

Teratak Usang


Kata Nabi Saw dalam sabdanya:”Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulan ku,dan bulan Ramadhan bulan Umatku.”


Mudah-mudahan kita sama-sama menggunakan usia dan masa yang di berikan Allah untuk kita melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam bulan Rejab kali ini.Inilah peluang keemasan yang Allah berikan untuk hambanya.Pintu Allah di buka seluas-luasnya untuk hamba-hambanya berbuat amal bakti dan kebajikan yang tentunya nanti akan mendapat ganjaran yang besar.

Bagi Abi dan Ummi bersyukur atas Nikmat dan anugerahnya kerana dalam bulan Rejab kali ini Nur Dania Balqis lahir di sisi kehidupan kami.Harapan kami berdua moga Rejab kali ini membawa erti yang besar buat kami


Sebenarnya di dalam bulan Rejab telah berlaku peristiwa yang besar yang terjadi ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W iaitu peristiwa Israk dan Mikraj yang mana setiap kita sudah faham dan sering mendengar setiap kali kedatangan bulan Rejab yang di sampaikan oleh para alim ulamak kita.Ia merupakan salah satu mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W.Rata-rata umat Islam sudah faham dan menyakini sepenuhnya kerana peristiwa ini telah di rakam oleh Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran.


Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya(Nabi Muhammad)pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,yang kami berkati sekelilingnya,untuk kami.Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

Al-Israk:1.


Inilah yang dapat Abi dan Ummi coretkan serba sedikit untuk ingatan kita bersama.Semoga kita manfaatkan bulan Rejab 1430H kali ini dengan sebaiknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI