Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Sunday, January 31, 2016

Tiga Perkara Yang Sangat Bermanfaat Kepada Orang Mati




Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga
perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
atau anak yang soleh yang mendoakannya."

(Riwayat Muslim)


SEMOGA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH
DUHAI ANAK-ANAKKU...

Thursday, January 28, 2016

Perhatikan Auratmu Dania!





SEMAKAN TERHADAP 11 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipi skan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
Status hadith: Sahih

2. Memakai gelang kaki berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah an-Nur ayat 31)

3. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)
Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah an-Nur ayat 31)

4. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.;(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Status hadith: Sahih

5. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

Status hadith: Bukan riwyat Bukhari Muslim, bahkan ianya hadith ma'lul (cacat) riwayat Abu Daud.

6. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.

(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

Status hadith: Hadith ini ma'lul (punyai kecacatan)

7. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.

(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah an-Nur ayat 31), Hadis di bawahnya pula dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani

8. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, 

Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah al-Ahzab ayat 32), Hadis di bawahnya pula setakat saya jumpa dalam Ibn Majjah, lafaz sampai "mereka namakan dengan yang lain". Sanadnya dhaif.

9. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

Status: Seperti dinyatakan di dalam al-Qur’an (rujuk surah an-Nur ayat 31), Hadis di bawahnya pula dinilai shahih oleh Syeikh al-Albani.

10. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di
hari akhirat nanti.

(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nas)

Status hadith: Diriwayatkan oleh Ibn Umar daripada Nabi shallallahu'alaihiwasallam. Lebih tepatnya ianya mauquf sebagaimana disebutkan oleh Abu Hatim. Turut diriwayatkan oleh Abi Zar daripada Nabi shallallahu'alaihiwasallam. Al-'Uqaili berkata ketika mengeluarkan hadith tersebut: "Semua riwayat dalam bab ini terdapat kelemahan".

11. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Status hadith: Tidak shahih

PRiwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Status hadith: Sahih


Wallahua'lam

Wednesday, January 27, 2016

Antara Dania Dan Anas

Macam-macam ragam anak-anak Abi...yang seorang sedang menyiapkan kerja sekolahnya dan yang seorang lagi fokus pada komputer riba, menonton katun kegemarannya...

Apa pun yang kalian lakukan, 
Abi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu semua.


Dania sedang menyiapkan hasil kretivitinya





Muhammad Anas fokus pada katun yang diminatinya



Semoga kalian terus bahagia dan ceria selalu duhai anak-anakku...

Surat Jemputan Ke Program Back To School


Hari ini dapat surat jemputan dari Pusat Khidmat DUN Pandamaran (N47) Negeri Selangor Darul Ehsan. Menjemput kami, ke Program Back To School, penyerahan baucer RM50 kepada ahli-ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2009. Nur Dania Balqis lahir pada tahun 2009, layak untuk menerima baucer tersebut. Cuma yang Abi pelik, mengapa sampai ke DUN Pendamaran, sedangkan semasa mengisi borang TAWAS, DUN MERU (N42). Entahlah...Abi tidak kesah semua itu...

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang begitu cakna dan prihatin terhadap rakyatnya,tidak kira Melayu, Cina dan India. Semua dilayan sama rata. Ini salah satu program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES)...

Syabas Negeri Selangor!










Ingatlah duhai anak-anakku

Mencintai Negara atau Negeri sebahagian dari iman...

Tuesday, January 26, 2016

Nasihat Untuk Abi, Dania Dan Adik-Adik


Semoga nasihat dari seorang Ulamak menjadi panduan buat kita dalam memilih kawan-kawan.
 Ingat ya...anak-anak Abi...carilah kawan yang dapat mennujukan kita jalan ke Syurga..




ABI...Sayang kamu semua!

Monday, January 25, 2016

Majlis Tahlil Januari 2016M


Jadual Giliran Majlis Tahlil 2016


Program Tahlil Bulanan untuk bulan Januari 2016M telah diadakan di rumah Kak Maimunah di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor Darul Ehsan. Mengikut mesej yang disampaikan melalui Group Bani Ibrahim, turut diadakan majlis cukur jambul, anak kepada anak buah, cucu ketiga Kak Maimunah.

Untuk program kali ini, Abi dan Umi tidak dapat hadir bersama-sama. Abi menjaga anak-anak, Umi pula ada program kursus di Subang Jaya. Jadi, Dania tak dapat berjumpa sepupu-sepupunya...alahai...maafkan kami ya Kak Mona...

Apa pun dengan melihat gambar-gambar di bawah ini, mengubati hati kami yang tidak ke majlis tersebut. Nampaknya majlis berjalan dengan sebaiknya. Tahniah!, walau kami tak ke sana, Umi sempat singgah ke Bandar Saujana Putra selepas balik dari kursus. Kami yang di rumah dapat menikmati juadah yang dibawa balik oleh Umi...Terima kasih Kak Mona dan keluarga.














Gambar-gambar bersumberkan dari: GROUP WHATSUPP BANI IBRAHIM

Sunday, January 24, 2016

Ziarah Abang Di Hospital Putrajaya


Ini cerita minggu lepas(19/01/2016M-Selasa). Hari ini terpaksa ambil cuti kecemasan, bawa emak ke Hospital Putrajaya. Abang yang tinggal dan bertugas di Putrajaya ditimpa kemalangan. Abi bawa emak dan Nana(anak buah) melawat Abang di Wad 24 di Hospital.

Sekitar jam 11.30 tengah hari, kami sampai. 
Menurut Abang, Abang jatuh dari motor dalam hujan yang lebat ketika mahu pulang ke rumah dari tempat kerja. Jalan licin, biasalah waktu hujan...sudah ditakdirkan begitu...kecederaan pada bahu dan tulang rahang ada 'Crack'...

Kami doakan, semoga cepat sembuh dan boleh bertugas seperti biasa.

Aamiin Ya Rabb!














Semoga cepat sembuh...

Sakit Itu Penghapusan Dosa!

Saturday, January 23, 2016

Dania Suka Makan Daging Kambing Bakar

Ingatan untuk anak-anak Abi, sebelum makan...

Sebelum makan, anak-anak Abi kena baca doa makan dan apabila selesai makan juga jangan lupa baca doa tersebut...ingat!




Seleranya Dania dan adik-adik makan nasi berlaukkan
 daging kambing bakar...lihatlah aksi mereka bertiga...

Alahai anak-anak Abi...











ABI...SAYANG
KAMU SEMUA...!

Monday, January 18, 2016

Ujian Keluarga







Sekitar jam 8:18 malam (18/01/2016) terima mesej melalui 'Whatsupp'. Anak buah memberitahu berita tentang ayahnya jatuh dari motor. Masih di wad kecemasan.  Abang Abi  yang pertama, tinggal dan bertugas di Putra Jaya. Abi terus mesej kepada anak buah yang tinggal dengan emak, supaya memberitahu tentang perkara ini.

Abi berdoa agar keluarga, Abang Zin bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. 

 Aaamiin Ya Rabb!!!...


Sunday, January 17, 2016

Abi Jumpa Kawan

Qalam Bertinta


Buku Antologi Puisi Derita Rakyat


Malam ini, Abi jumpa kawan muka buku. Memang sudah lama Abi kepingin bertemu dengannya. Kawan Abi seorang penulis, menulis sajak dan pembaca sajak (pendeklamator), sering membaca sajak di mana-mana program yang disertainya.

Alhamdulillah, dengan izin dan ketentuan-Nya, malam ini Abi dapat berjumpa dengan beliau. Tujuan utama untuk mengambil buku dan bertemu dengannya. Buku sajak terbaharu terbitan PAKSI, yang Abi telah tempah membeli darinya. Sebuah buku antologi, sebuah sajak karya beliau terkandung di dalam buku tersebut.

Akhirnya, pada malam ini, Abi bertemu dan berjumpa dengan kawan Abi...banyaklah ceritanya setelah bertemu dengannya. Cerita sastera dan dunia sastera tanah air kita. Perkongsian berkaitan penulisan sajak...sungguh bertuah, bila kita dapat berkawan yang orang yang berkebolehan tentang bidangnya.

Mudah-mudahan ilmu yang Abi dapati dari hasil perkongsian kawan Abi itu, dapat Abi jadikan panduan dalam penulisan Abi, terutamanya dalam penulisan sajak.

Aamiin Ya Rabb!

Saturday, January 16, 2016

Abi Sayang Kamu


Muhammad Hudzaifah...

ABI...Sayang kamu!






Ertinya : “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa”

(Al- Furqan : 74)

Friday, January 15, 2016

Mengimbau Kenangan Bercerita Di Alam Ria 2015M

Ini cerita tahun lepas sewaktu Dania masih bersekolah di Pasti Darul Muslimin, Jalan Jambu. Kira ini sudah menjadi kenangan dalam hidup Dania. Sepanjang di Pasti Darul Muslimin, ada beberapa kenangan yang diperolehi Dania. Antaranya, Pertandingan Bercerita, di Hari Alam Ria PASTI Kawasan Kapar 2015M, mewakili pelajar perempuan. 

Walaupun ketika itu Dania tidak sihat kerana batuk tetapi, Dania bersemangat untuk terus mengikuti pertandinagan tersebut. Biarpun tidak berjaya mendapat tempat, ia tetap meninggalkan kenangan indah buat Dania. 

Apa yang penting, sifat keberanian mahu tampil kehadapan berhadapan orang ramai. Latihan sebegini amat baik untuk para pelajar, mereka kena dibiasakan dengan situasi sebegini. Abi bangga dengan keberanian Dania.

Syabas kepada Dania...










SEMOGA TERUS SUKSES DANIA!

Thursday, January 14, 2016

Pegang Teguh Dengan Quran Dan As-Sunnah





Tengah hari ini, Abi masih diizinkan oleh Yang Maha Pencipta untuk menukilkan sedikit nasihat untuk anak-anak Abi. Abi sayang anak-anak Abi, kalaulah anak-anak Abi suatu masa nanti terbaca tulisan ini, maka terpulanglah untuk anak-anak Abi untuk menerima kata-kata nasihat ini. Abi yakin, anak-anak Abi akan menerima nasihat ini, maklumlah masing-masing sudah besar dan boleh berfikir dengan baik.

Sedikit nasihat Abi untuk anak-anak, berkaitan dengan agama, ya…agama Islam sebagai anutan kita. Agama Islam yang benar, mulia dan agama yang terbaik di muka bumi ini. Jagailah ia, yakinilah dan percayailah agama Islam sebagai agama anutan dan peganggan anak-anak Abi. Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia di bumi ini.

Berpegang teguhlah dengan segala ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya. Pelajari, fahami dan seterusnya amalkan segala apa yang telah dipelajari, praktiskan dalam segenap kehidupan yang bakal anak-anak Abi lalui. Semarakkan hidup beragama, dalam setiap gerak-geri tingkah laku anak-anak Abi. Contohilah pribadi agung, Nabi Muhammad S.A.W,  Ia ‘Uswatun Hasanah’ buat manusia dan anak-anak Abi.

Dan berpegang teguhlah dengan dua perkara yang amat penting dalam kehidupan beragama. Ia panduan, manual kehidupan yang takkan menyesatkan atau menyelewengkan anak-anak Abi, selagi mana, anak-anak Abi berpandu dan berpegang teguh kepada keduanya.

Sebagaimana yang Nabi Muhammad S.A.W telah sabdakan sebagai ingatan umat Islam dan umat manusia yang hidup di dunia ini.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud;

“Dua perkara telah aku tinggalkan kepada kamu, selagi mana kamu berpegang teguh kepada keduanya,maka tidak akan tersesat kamu. Ia itu Al-Quran dan As-Sunnah(Hadis).”

Mudah-mudahan, nasihat dan ingatan ringkas ini, akan dapat mengingatkan anak-anak Abi peri pentingnya kehidupan beragama. Abi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak Abi. Kalianlah yang bakal mencorak nasib agama, bangsa dan Negara ini. Semoga anak-anak Abi terus berkasih-sayang sesama adik beradik dan masyarakat seluruhnya.

Salam sayang Abi untuk kamu!

Wednesday, January 13, 2016

Anas&Huzaifah Bergaya Di Bilik Buku


Anak-anak adalah cahaya mata...penghibur hati...
buat Ayah dan Ibu...

Lihatlah aksi-aksi mereka bila di depan lensa kamera...









Abi sayang kamu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI