Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Monday, June 18, 2012

Catatan Abi: Ahad Yang Ceria 2


Gambar dari facebook TV AL-HIJRAH



Karnival Cinta Masjid

Ahad di rai sekali lagi dengan berkunjung ke Karnival Cintai Masjid anjuran TV AL-HIJRAH yang diadakan di perkarangan Masjid Negeri Selangor.Bertolak sekitar jam 2 petang bersama keluarga tercinta,mengisi waktu-waktu yang ada bersama keluarga memang menyeronokan.Distinasi ke masjid negeri,untuk meraikan karnival cinta masjid.Ramai pengunjung, maklum hujung minggu hari cuti.Masjid yang besar dan luas sekitarnya itu dipenuhi kenderaan para pengunjung.Malah di kanan kiri luar masjid juga banyak kenderaan yang parkir di situ.

Pusing punya pusing dapat juga parkir biar pun agak jauh menuju ke tempat karnival.Alhamdulilah sampai juga akhirnya.Dania dan Anas lena tidur pula,kejutkan Dania yang sedang enak tidur di kerusi belakang.Kami berjalan menuju distinasi,Abi mengendong Anas yang semakin berisi,lenguh juga dibuatnya tangan Abi.Umi memimpin Dania.Sampai di gerai Abang Hassan,Umi tumpang letak beg dan barang.Kami ronda-ronda kesetiap booth-booth yang disediakan itu.

Selepas kami ronda,kami masuk ke bawah masjid,di bahagian dewan solat ,penuh dengan orang ramai sedang mengikuti rakaman 6o minit bersama Ustaz Don.Orang ramai lebih tertunpu pada rakaman 60 minit bersama Ustaz Don,dari kaum wanita,bapa dan anak-anak kecil sangat meminati Ustaz Don.Kini bagai satu fenomena yang berlaku,arus perubahan masyarakat semakin meminati para ustaz yang ikhlas menyampaikan ilmu.Dengan teknik yang santai dan bersahaja para ustaz yang menyampaikan ilmunya sangat disenangi oleh masyarakat.Kita berdoa agar arus perubahan ini berterusan bukan sekadar fenomena semata-mata.

Dalam rakaman itu,Ustaz Don telah membicarakan perihal Israk dan Mikraj dengan kupasan yang sangat menarik.Orang ramai masih tidak berganjak mengikuti rakaman itu.Satu yang menarik dalam karnival itu ialah adanya booth yang menjual buku.satu khemah menjual buku-buku agama keluaram Mustread dan juga buku-buku keluaran Karangkraf,ramai juga yang kesitu.Buku dari Mustread banyak dijual,pelbagai tajuk dan pilihan boleh didapati di situ.Tabiat membaca sudah menjadi budaya sebahagian masyarakat kita.Moga ianya terus berkekalan meresap dalam setiap jiwa umat Islam semua.

Memang menyeronokan bila ada karnival sebegini,sekurang-kurangnya masyarakat akan lebih dekat dengan masjid dan tanggapan masjid hanya untuk sembahyang tertolak sama sekali.Masjid bukan sahaja untuk tempat keagamaan semata-mata tetapi untuk aktiviti keduniaan juga boleh dilakukan di masjid.Karnival Cintai Masjid ini sangat menarik masyarakat untuk mengunjungi masjid.Sebelum ini juga TV AL-HIJRAH pun sudah mengadakan di masjid yang lain,usaha-usaha ini sangat murni dan amat di alu-alukan.

Syabas dan tahniah buat TV AL-HIJRAH,sekurang-kurangnya Ahad kami tidak sia-sia dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Di samping mengeratkan tali ikatan kekeluargaan kami,ia nya juga memberikan kami sedikit info dan input dari karnival tersebut.Kaki kami pun sudah lenguh dan kepenatan sudah terasa,sekitar jam 6.45 petang kami bertolak balik.Semoga tindakan dan perlakuan kami ini menjadi ibadah yang akan dinilai oleh Allah SWT.Amin..!.

Thursday, June 7, 2012

Catatan Abi:Ke Program Ilmu Masjid As-Syarif




Alhamdulillah dengan izin Allah, penghujung bulan mei 2012(30hb dan 31hb) dua malam berturut-turut dapat mengisi minda dengan sebuah forum dan kuliah maghrib yang telah berlangsung di Masjid As-Syarif Pekan Meru.Sebuah masjid yang sangat aktif dengan pelbagai pengajian agama.Para ilmuan dan ulama menyebarkan ilmunya ketengah masyarakat.Syukur sekali lagi,dapat turut serta dalam siri menimba ilmu di masjid As-Syarif.

Kebetulan minggu ni,kerja shift malam,dengan menguatkan semangat dan keazaman untuk menuntut ilmu,maka niat itu terlaksana dengan izin-Nya.Alhamdulillah forum pada 30hb 05 2012,malam rabu,berjalan dengan lancar sekali,para jemaah hadir sangat ramai,masing-masing ingin mengambil peluang menimba ilmu dari tokoh-tokoh hebat tanahair.Antara yang menjadi ahli panel pada malam itu ialah Ustaz Dr.Roslan Mohammed.Ustaz Dr.Zulkifli Muhammad Al-Bakri dan moderator Ustaz Haslin Bahrin.

Kupasan yang mantap dari  panel pertama Ustaz Zulkifli  Mohammad Al-Bakri sangat memberi kefahaman tentang konsep Wasatiy (terunggul,terbaik).Al-quran dalam kehidupan manusia pada hari ini sekadar menjadi bahan perhiasan di rumah,manusia sudah jauh lari meninggalakan al-quran dan tidak beramal seperti yang terkandung dalam pengajarannya.Sebagai keluarga muslim seharusnya kita bukan setakat tahu,faham tetapi lebih daripada itu beramal dengan isi kandungan al-quran itu.

Akhlak Rasulullah itu sendiri akhlak al-quran,segala apa yang terkandung dalam al-quran itu dipraktiskan oleh baginda SAW dalam segenap kehidupannya.Penerangan dan persoalan yang dilontarkan oleh ahli panel kedua Ustaz Roslan Mohammed sangat menginsafkan para pendengar,juga diri ini.Forum ini lebih menarik dan tidak menjemukan kerana kemahiran moderator yang sangat lancar bicaranya,sesekali berjenaka dan lenggok ala Pakistan dalam melagukan ayat quran sangat menceriakan forum tersebut.

Insyallah,ilmu yang di dapati dari forum tersebut akan cuba di amalkan.

Malam kedua penghujung bulan mei 2012 ini di serikan lagi dengan program menuntut ilmu kuliah maghrib khas di masjid As-Syarif.Dengan izin Allah dapat menghadirkan diri.Juga kuliah pada malam tersebut berkaitan dengan Al-Quran.Kuliah maghrib di sampaikan oleh Ustaz Dr. Mustafa Umar,seorang ilmuan dari Kepulauan Riau,Indonesia.Penyampaian yang mantap dan sangat mengesankan.

Al-Quran itu untuk manusia:
1)Memberi Pengajaran (pelajaran)
2)Peringatan
3)Penyembuh

Semoga segala amal ibadah yang dilaksanakan memperolehi Rahmat dan di Redai Allah SWT.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI