Salam Ukhwah

Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya,dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”


Surah Ar-Rum:21



“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


Surah al-Tahrim:6



Saturday, October 31, 2009

Hadis:Lima Perkara Menyebabkan Seksa



Dalam perkongsian Hadis pada kali ini Abi ingin kongsikan sebuah terjemahan Hadis dalam himpunan hadis-hadis Ramalan Rasulullah berkenaan akhir zaman.Hadis ni boleh kita amati dan seterusnya kita jadikan panduan hidup dalam era akhir zaman ini.Mari kita sama-sama renungi terjemahan hadis tersebut.

Rasulullah bersabda:

“Bagaimana kamu apabila terjadi lima perkara dan aku berlindung kepada Allah mudah-mudahan lima perkara itu tidak terjadi dalam kamu atau kamu tidak menjumpainya.Iaitu:

1)Tidaklah perbuatan zina itu nampak di satu kaum,dikerjakan secara terang-terangan,melainkan nampak dalam mereka penyakit taun dan kelaparan yang tidak pernah dijumpai oleh nenek moyang dahulu.

2) Dan tidaklah kaum itu menahan zakat,melainkan mereka di tahan oleh Allah turunnya hujan dari langit andaikata tidak ada binatang ternak tentu mereka tidak akan dihujani.


3) Dan tidaklah kaum itu mengurangi takaran dan timbangan,melainkan mereka diseksa oleh Allah dengan kesengsaraan bertahun-tahun dan sukarnya keperluan hidup dan menyelewengnya penguasa.


4) Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka itu menghukumi dengan selain kitab yang diturunkan oleh Allah,melainkan mereka dikuasai oleh musuh yang merampas sebahagian kekuasaan mereka.

5) Dan tidaklah mereka itu mensia-siakan kitab Allah dan sunnah Nabinya,melainkan Allah menjadikan bahaya di antara mereka sendiri.


(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Semoga apa yang diutarakan oleh Baginda Rasulullah saw menjadi peringatan buat kita yang sering lupa dan lalai.Mudah-mudahan memberi manfaat bersama.

Hadis dari kitab:Ramalan-Ramalan Rasulullah SAW Tentang Akhir Zaman.
Tulisan: Ali Hamdi Muda’im

Untuk Hadis Terdahulu: Perkongsian Hadis

Thursday, October 29, 2009

Buku-Buku Untuk Nur Dania Balqis

Puteri Hati: Nur Dania Balqis



Sebahagian Buku Koleksi Nur Dania Balqis

Syukur pada Allah permata hati Abi dan Ummi kini dah berumur 6 bulan,semoga permata hati kami ini membesar dengan baik dan di berikan kesihatan yang baik juga…Amin!.Dalam proses pembesaran anak-anak macam nilah kita sebagai ibu bapa kena ambil perhatian tentang kesihatanya,kasih sayang kita tunjukkan padanya,Bagi kami permata hati ini sangat-sangat kami hargai kehadirannya pada kelurga yang kami sedang bina ini.

Walaupun masih dalam usia yang belum setahun,setiap kali Abi pergi ke kedai atau gedung buku adalah buah tangan untuk Nur Dania Balqis bila dah boleh bertutur nanti,buku bergambar,buku cerita,buku berwarna-warni yang mempunyai mesej yang baik untuk anak-anak.Bukan apa..Abi nak tanamkan minat dengan buku sejak kecil lagi,mudah-mudahan besar nanti suka dengan bahan-bahan bacaan.Bak kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya.Kalau tidak di mulakan dari sekarang bila lagi..ye tak..!.Sementelahan Abinya pun minat membaca jadi sikap yang beginilah seharusnya Abi tunjukkan pada Nur Dania Balqis.

Memang nampak rambang juga bila pergi ke kedai buku bila melihat buku yang bermacam-macam tajuk untuk tahap usia seperti Abi,tambahan pula dah ada permata hati ni,lagilah bila tengok buku-buku untuk anak-anak rasa teruja dan rasa ingin memiliki,tapi oleh kerana hidup pun perlu di urus dengan baik,ekonominya perlu seimbang,jadi belilah yang patut dan ikut kemampuan yang kita ada.

Mudah-mudahan apa yang Abi lakukan ni menjadi contoh buat permata hati Abi Nur Danai Balqis bila dah besar nanti.

Untuk Ceria Nur Dania Balqis Terdahulu: Ceria Nur Dania Balqis

Monday, October 26, 2009

Kongsi Buku-8

Buku:Dahsyatnya Doa Ibu

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi dalam ruangan Dunia Buku,ruangan perkongsian buku yang mengupas secara ringkas buku-buku yang telah di habis baca oleh Abi dalam beberapa minggu yang lalu,kali ini Abi kongsikan sebuah buku yang membicarakan tentang seseorang yang sangat istimewa dalam kehidupan kita di dunia,tanpanya mungkin kita tak ada kat dunia ni,buku dan insan yang Abi maksudkan ialah DAHSYATNYA DOA IBU,buku yang sangat menarik bagi pandangan Abi,membicarakan tentang kehebatan dan keajaiban doa seorang ibu.Buku hasil karya oleh Ustaz Syamsuddin diterbitan oleh PTS MILLIENNIA SDN BHD,Buku ini berharga RM14.90 bagi S.malaysia dan RM 16.90 Sabah/Sarawak,setebal 212 termasuk bilbiografi.

Buku yang seharusnya ada dalam rumah kita dan mesti kita miliki.

“Ibu,
Doanya adalah penawar
Juga racun berbisa

Ibarat tajamnya mata pisau
Yang mampu melakar
Masa depan yang gemilang
Buat anak tercinta,
Juga dapat menghancurkan
Masa depan si anak derhaka..”

Buku ini mengupas peri hebatnya doa yang di pohon oleh ibu yang mana boleh membawa kebahagian dan juga boleh membinasakan.memang dahsyat doa ibu.

“Doa ibu standing dengan doa nabi untuk umatnya,membawa kemulian,dapat menolak fitnah,membuka pintu rezeki,dan pintu hidayah sepanjang zaman.Justeru setiap anak wajib mentaati,menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibi bapa tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insane mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan.”

Buku ini juga membawa kisah-kisah tentang akibat buruk menderhaka kepada ibu yang mana membuktikan bagaimana kuasa dan hebatnya doa yang dipanjatkan oleh seorang ibu.Kisah seperti Alqamah,Juraij,malin kundang,lelaki berkepala keldai dan juga kisah penderhakaan anak-anak pada masa kini serta lain-lain kisah yang terdapat dalam buku ini,untuk para pembaca sebagai ingatan dan iktibar.

Di sini Abi kongsikan 4 rahsia kedahsyatan doa seorang ibu seperti yang di simpulkan oleh penulis buku ini,iaitu:

1) Doa ibu menjadi dahsyat kerana kesucian dan kemuliaan doa itu sendiri di sisi Allah.
2) Doa ibu menjadi dahsyat kerana kemuliaan orang tua khususnya ibu di sisi Allah.
3) Doa ibu menjadi dahsyat kerana besarnya pahala berbakti kepada orang tua.
4) Doa ibu menjadi dahsyat kerana beratnya dosa menyakiti orang tua.

Jadi marilah kita hormati dan berbuat baik kepada ibu dan bapa kita,Sayangi keduanya dengan seadanya:

“Jangnlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.”

(Surah al-Baqarah,ayat 83)

Demikianlah serba sedikit yang Abi dapat kongsikan dalam pertemuan ini dalam Dunia Buku.Untuk mengetahui isikandungan buku ini seterusnya,carilah di mana-mana kedai atau gedung buku yang berdkatan dengan anda.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA

Untuk Perkongsian Buku Terdahulu: Dunia Buku

Sunday, October 25, 2009

Sejadah Pun Bersolat-Satu Peringatan


Berikutan kejadian sejadah bersolat(membentuk seolah-olah macam orang bersolat)beberapa hari yang lalu seluruh Negara dikejutkan dengan kejadian atau berita ini,seperti yang di laporkan akhbar juga dalam berita Tv,maka bermacam-macamlah tanggapan dan komen dari orang ramai,penguasa agama,para mufti dan golongan yang berautoriti agama,mereka memberi pandangan masing-masing.Ada yang berpandangan jangan terlalu yakin tentang kejadian itu,malah ada yang langsung tidak percaya,yang buat tak tahu pun ramai,kalangan agamawan ada yang anggap jangan sampai menjejaskan akidah,bak kata macam-macam pandangan yang diutarakan oleh mereka.

Sejadah sebagaimana yang kita tahu,merupakan alat yang kita gunakan untuk solat,kita jadikan hamparan,kita sujud di atasnya..bila kejadian begitu terjadi seolah-olah sejadah pun pandai perli manusia,mungkin dah ramai umat Islam yang meninggalkan Solat jadi sengaja Allah jadikan kejadian ini sebagai ingatan pada manusia yang lupa dan sering engkar seperti kita,ini mungkin dari segi positif kejadian ini jika benar.Sedangkan gerak gempa yang tejadi di Padang Indonesia masih lagi tidak menyedarkan kita,hidup kita masih dengan hilai tawa,gelak tawa,hiburan,muzik-muzik gila,pergaulan bebas,mengata,mengeji jadi mainan di bibir…bahkan kejadian tsunami yang berlaku beberapa tahun lalu pun kita sudah lupa.Banyak peringatan demi peringatan yang Allah perlihatkan pada kita hari-hari tapi kita tidak pernah ambil peduli dan ambil iktibar atau kesah tentangnya.Bila kita mahu sedar agaknya?!.Apa mahu menunggu roh kita di cabut baru mahu sedar?.

Sesungguhnya kejadian-kejadian itu memberi ingatan pada kita semua.Bagaimana dengan solat kita?Hubungan kita sesama manusia,Persaudaran dan Silaturrahim kita bagaimana?Yang paling penting hubungan kita dengan Allah bagaimana ye?..Sudahkah kita menyelesaikan tuntutan dan perintah yang di pikulkan ke atas kita?.Persoalan-persoalan yang Abi tuliskan ini adalah untuk diri sendiri dan untuk para tetamu yang sudi bertandang dan sudi berkongsi pandangan dan mengambil manfaatnya jika ada.Sudahkah kita mendidik keluarga ke arah agama yang lurus.Anak-anak kita didik mengenal Tuhan yang Maha Agung,rasa cinta dan sayang pada agama kita tanamkan pada anak-anak dan keluarga kita,dengan itu akan melahirkan satu keluaraga yang harmoni dan seterusnya masyarakat yang aman dan bahagia.

Sekadar pandangan peribadi,Sekian.

Untuk Pandangan Terdahulu: Cetusan Hati

Saturday, October 24, 2009

Adab Haji



Musim haji kini telah kembali lagi,bagi mereka yang Allah berikan rezeki ke Baitul Haram di ucapkan tahniah kerana dengan izin Allah telah dapat ke sana,Bagi mereka yang sudah applay tapi belum dapat kelulusan tabung haji harap bersabarlah,giliran anda pasti menanti pada masa akan datang,maklum saja ramai yang nak pergi kesana setiap tahun,semua itu dengan izin Allah,kepada mereka yang Allah izinkan pergi,buatlah amalan haji sebaik-baiknya,jaga lah adab dan pantang larangnya,semoga Anda kalian mendapat haji yang mabrur dan diterima oleh Allah SWT.

“Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
(Al-Baqarah)

Dalam pertemuan ini Abi nak kongsikan satu lirik lagu dari kumpulan Nada Murni dalam album FALSAFAH HAJI terbitan tahun 1996,lagu yang bertajuk ADAB HAJI,lagu yang mengandungi ingatan buat para jemaah haji yang ke Makkatul Mukarramah,hayati dan renungi setiap bait lagu ini.Semoga ada manfaatnya.

ADAB HAJI

Pergi haji ke Makkatul Mukarramah
Tempat yang bersejarah
Menunaikan ibadah kemuncak
Rukun Islam yang kelima
Di sana umat Islam menjadi tetamu Allah
Kenalah menjaga adabnya dengan sempurna

Menunaikan ibadah di sana janganlah gopoh gapah
Tawadhu dan khusyu mestilah ada pada kita
Merempuh dan bertolak sesame manusia jauhkanlah
Kerana bukan begitu kita beribadah
Kepada Allah yang Maha Esa

Jagalah tatatertib agar menyenangi orang lain
Ia termasuk ibadah yang disebut Hablum Minan Nas
Kalau ada mahkluk yang susah senangkanlah dirinya
Ia juga ibadah yang sangat diperintah.

Tawadhu dengan Allah serta malu padaNya
Ia adalah sifat hamba yang mesti dimiliki
Kerana ibadaj itu hendak melahirkan sifat-sifat
Kehambaan
Kalau tidak lahir sifat kehambaan daripadanya bukan
Ibadah

Perhubungan sesama manusia
Kenalah kita jaga
Hak mereka jangan sampai dicerobohi
Berkasar dan bertengkar elok dielakkan
Kerana kasih sayang di dalam Islam mesti
Ada dan dijaga


Senikata: Mohamad Asri Ibrahim
Senilagu: Mohd Faizal Osman
Solo: Mohamad Asri Ibrahim
Rakaman: OVA Productions,Channel 11& Dreamwalk
Terbitan: OVA Productions Sdn Bhd

Friday, October 23, 2009

Ingatan Untuk-Mu Wahai Wanita




Dalam pertemuan kali ini dalamUntuk-Mu Wanita,Abi nak kongsikan berkenaan Wasiat Rasulullah terhadap kaum wanita.Wanita pendamping setiap lelaki wanita juga adalah sayap kiri perjuangan ,sama-samalah kita wahai kaum lelaki sayangi kaum wanita khususnya isteri kita,anak-anak perempuan ,ibu kita dan seluruh wanita di mana mereka berada.Untuk menghargai wanita,Sama-samalah kaum wanita menghayati apa yang telah di ungkapkan oleh Rasulullah dalam wasiat baginda kepada kaum wanita.Wanita adalah insan yang patut di sayangi bukan dibenci...Sayangilah Wanita!.


Wasiat Rasulullah Kepada Wanita:


Sabda Rasulullah SAW maksudnya:


“Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya.’

Sayidatina Aisyah bertanya,”Mengapan,Wahai Rasulullah?”


Jawab Rasulullah SAW:


1.Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam mengahadapi kesusahan,kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.


2.Tiada memuji(bersyukur atau berterima kasih) di atas segala kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.

(Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya)


3.Sering mengkufurkan (engkar)terhadap nikmat Allah.

(Contohnya apabila berlaku sesuatu pertengkaran,ada isteri yang berkata:”Sudah 10 tahun kawin dengan awak.tak ada apa-apa pun”)


4.Gemar bercakap perkara sia-sia yang berdosa

(Contohnya bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat)


5.Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan,alam sekeliling dan suasana serta kemewahan-kemewahan lahir.


Mudah-mudahan wanita-wanita mengambil perhatian tentang wasiat yang Rasulullah berikan untuk mereka,Bagi kaum lelaki sama-samalah kita dengan kaum wanita saling ingat mengingati kerana kita sama-sama ada tanggungjawab dan peranan masing-masing,Antara kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing yang perlu tegur menegur,ingat mengingati sesama kita,mudah-mudahan dapat sama-sama manfaatnya.


Hadis dari Buku: Panduan Wanita Solehah

Keluaram 1990.


Untuk Info Terdahulu:

Info Untuk-Mu Wanita

Sunday, October 18, 2009

Buang Lagi...!



Buang lagi…dan lagi..beberapa keluaran akhbar harian Metro yang lalu ada memaparkan berita berkenaan pembuangan bayi,isu atau fenomena pembuangan bayi sebenarnya belum berhenti ia masih berterusan sehingga bila-bila,selagi ada manusia kejam dan sanggup membuang dan membunuh zuriat sendiri,selagi itulah ianya takkan selesai,Harian Metro hari ini(Ahad 18 Oktober 09) juga memaparkan tentang anak luar nikah yang begitu banyaknya.Abi pernah menulis perihal buang,beberapa bulan yang lalu didalam blog ini,ia berkaitan dengan isu pembuangan bayi,nampak gayanya,masih ramai lagi manusia yang berhatikan binatang yang sanggup membunuh dan membuang bayi atau anak yang baru di lahirkan di merata-rata tempat,ada yang buang dalam parit,tong sampah,dalam kotak,di tanam hidup-hidup.wah..wah.. dah kembali ke zaman Jahiliah pula kita ni..Manusia jenis apakah ini?..Orang lain bukan main susah nak dapatkan Zuriat sampai bertahun-tahun,yang ni dah dapat,buang begitu sahaja..dah macam buang sampah…

Inilah akibat menurut runtunan nafsu yang jahat,bila tak dapat dikawal segalanya terjadi tanpa rasa takut dengan Tuhan apatah lagi dengan pihak berkuasa agama,Pergaulan bebas berlaku di mana-mana,tidak kira yang di namakan orang dewasa ke..orang muda remaja ke…budak-budak sekolah,bahkan pergaulan bebas dikalangan orang tua yang kita harapkan pun lebih kurang banyaknya..apa nak jadi dengan generasai akan datang nanti?



Menurut laporan metro Ahad,yang telah di buat temubual kepada mangsa hamil luar nikah,rata-rata mereka mengatakan bermula dengan suka-suka,ye..suka-suka hingga ketagih,apa nak jadi ni..mana maruah yang kita nak jaga pada diri sendiri,ibu bapa,pada bangsa,agama apatah lagi.menangis darah sekalipun pada si mangsa ia takkan mengubah nasib yang di tanggung,dalam temubual dengan si mangsa,hingga sampai nak di gugurkan(bunuhlah tu..)kandungannya,sebab dah tak sanggup menanggung malu dan takut pada keluarga.Dengan Tuhan bagaimana pula ye..?

Mereka yang kita harapkan untuk menerajui Negara sudah hilang rasa naluri kemanusiaanya.Menurut data atau statistik yang di kumpul oleh dua buah rumah perlindungan wanita di lembah klang,amalan seks bebas dikalangan remaja sudah berada di tahap zon kritikal yang sangat membimbangkan,Cuba bayangkan, menurut data yang dicatatakan di Lembah Klang sahaja 2,071 kes kehamilan luar nikah dari1996 sehingga bulan September tahun lepas,ini baru 2 buah rumah perlindungan,ni pun yang dicatatakan.Jika di campurkan yang tak dicatat dan di lapurkan,kemungkinan besar jumlahnya lebih besar.

Bagaimana mahu menghentikan fenomena ini?.


Menurut Pengasas Pusat Kebahagian Wanita dan Remaja (Kewaja),Yahya Mohamed Yusof,beliau menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula dari pemimpin(Kerajaan),guru,agensi penguatkuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat Negara,seperti yang di laporkan dalam harian Metro.Jadi marilah kita sebagai ibu bapa khasnya,memberi didikan dan pendidikan pada anak-anak kita dengan sebaik-baiknya terutamnya didikan agama pada mereka,Kita tanamkan rasa bertuhan dalam kehidupan anak-anak dan keluarga yang kita sedang bina ini,hanya dengan pendidikan yang mengenalkan Tuhan sahajalah fenomena ini dapat di kurangkan dan di benteras seterusnya dapat di hentikan,Bila takutkan Tuhan secara automatik rasa takut dan gerun hendak melakukan kejahatan dapat di hindarkan.Jadikan tuhan segala-galanya buat kehidupan kita.


Dan Abi akhiri tulisan ini dengan Firman Allah SWT:


“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu manakala penjaganya pula adalah malaikat yang kasar,keras malah tidak pernah menderhakai ALLAH terhadap apa yang di perintahkan-NYA kepada mereka serta selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Surah al-Tahrim:6


Semoga ada manfaat perkongsian ini.


Juga di sini Abi sertakan pandangan Ustaz Amal tentang gejala pembuangan bayi ini dari Laman Blog Ustaz Amal:


PEMBUANGAN BAYI: AMALAN PUAK JAHILIAH


Untuk Cetusan Hati seterusnya:

Cetusan Hati

Ucapan Tahniah

Kami sekeluarga mengucapkan Tahniah kepada Abang,Adik dan Anak buah yang bakal menerima cahaya mata :)..


Anak-anak adalah cahaya mata,penghibur hati,pelembut jiwa..seronoknya bila anak-anak ada berada di sisi kita,saat kita kepenatan anak-anak sebagai penghibur kita.Tidak ada sesiapapun di dunia ini tidak mahukan anak,semua mahukannya,ia penyambung zuriat masa depan,matlamat perkahwinan juga untuk mendapatkan anak ataupun zuriat.Kelahiran zuriat adalah idaman dan impian setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga,kelahirannya bakal mewarnai kehidupan dan keharmonian rumahtangga makin bertambah.Maka sebagai Ibu bapa,syukurilah nikmat kurniaan yang Allah berikan kepada kita semua.


Sabda Nabi SAW:


“Tidak seorangpun bayi-bayi yang dilahirkan kecuali lahir dalam keadaan fitrah(Islam).Oleh itu,ibu bapalah berperanan sama ada menjadikan dia yahudi,kristian atau majusi sebagaimana binatang melahirkan anaknya tanpa sebarang kecacatan.Apakah kamu dapat rasakan ada kemungkinan dia akan cacat dalam proses membesar?”


Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim


Dalam kesempatan ini Abi ingin mengucapkan Tahniah pada 3 keluarga,yang akan bakal menimang cahaya mata,ini bermakna akan bertambah lagi zuriat dari keluarga ‘Bani Ibrahim’,Almarhum Hj Ibrahim bin Busro dan pasangannya Puan Rubiah binti Hj Ehsan.Sekarang cucu Emak berjumlah 56 orang(yang ke-56 tu..Nur Dania Balqislah ;) ),Mudah-mudahan mereka selamat melahirkan anak masing-masing dengan selamat dan sihat bila sampai masa kelahirannya nanti..Amin!!!..


Semoga anak-anak yang bakal lahir nanti bakal menjadi zuriat yang Soleh ataupun Solehah…Tahniah untuk Mohd Fadzil,Mohd Adha dan juga Ramlan..:)


Buat Pasangan Mohd Fadzil dan Siti Hajar


Tahniah kami ucapkan pada keluarga Mohd Fadzil dan pasangannya Siti Hajar,yang bakal menimang cahaya mata yang ketiga nanti,kami mendoakan semoga kandungan baby sihat dan selamat kelahirannya nanti..kepada Syamil dan Akilah..tahniah bakal dapat adik baru..:)


Buat Pasangan Adik Siti Mahfuzah Dan Mohd Adha


Pasangan yang kedua Adik Siti Mahfuzah dan Mohd Adha juga tidak lupa juga kami mengucapkan tahniah baby yang kedua nanti,semoga selamat dan sihat kandungan dan Umminya sekali..begitu juga Abinya..moga ceria-ceria selalu..pada Hannan,Hannan bakal jadi kakak tau.:)


Buat Pasangan Adik Nurul Mabrurah Dan Ramlan


Kepada pasangan Adik Nurul Mabrurah dan Ramlan juga,kami ucapkan tahniah,berkat doa dan kesabaran kalian,Allah telah anugerhkan zuriat yang bakal lahir nanti,kami mendoakan semoga kedua-duanya sihat(Ummi dan bakal baby yang akan lahir nanti)..pada Ramlan tahniah..bakal menjadi AyahJ.Semoga kehidupan kalian bertambah ceria dan harmoni dengan kelahiran cahaya mata yang pertama nanti..Amin!!!..

Sekali lagi kami mengucapkan kepada semua,semoga segalanya selamat dan di permudahkan oleh Allah SWT,Sama-sama kita didik anak kita agar menjadi insane yang berguna pada Ibu bapa,Agama,Bangsa dan Negara…Amin!!!.



Mohd Mustakim




Dan Ucapan Tahniah juga pada Cucu Emak yang pertama mendirikan rumahtangga,iaitu pasangan Mohd Mustakim dan Jannahtul Ummi,yang juga bakal menerima cahayamata,ini bermakna cicit Emak yang pertama..Alhamdulillah..Syukur semoga segalanya selamat nanti.

Friday, October 16, 2009

Berkongsi Buku-7

Buku:Sanggahan Salah Tafsir Islam

Bertemu kita lagi dalam perkongsian buku dalam pertemuan di Dunia Buku.Dalam pertemuan kali ini Abi nak kongsikan sebuah buku yang telah habis di baca dalam beberapa hari yang lalu,mudah-mudahan sama-sama mendapat manfaatnya.Buku yang bertajuk SANGGAHAN SALAH TAFSIR ISLAM siri Al-Qardhawi Membela Islam,sebuah buku hasil buah fikiran seorang Ulamak yang tersohor di seluruh dunia masakini iaitu Dr.Yusuf Al-Qardhawi,,terbitan Synergymate Sdn Bhd berharga RM 10.Buku ini mangandungi 114 muka surat.

“Kefahaman yang benar terhadap ajaran Islam adalah syarat untuk meninggikan darjat umat Islam.Semua kaedah kehidupan di dunia ini,berjalan di atas landasan ajaran Islam yang sebenar serta diredhai oleh Allah S.W.T. Oleh itu ajaran Islam perlu disebarkan ke tengah masyarakat secara berkesan beserta hujah-hujah yang benar.Supaya krisis pemikiran yang melanda umat Islam akan segeravberakhir.Akhlak masyarakat mempunyai peranan terpenting bagi membangunkan sesebuah bangsa dan Negara.Sesebuah Negara tidak akan kuat,jika masyarakatnya tidak berakhlak. Hanya kepada Allah S.W.T.kita memohon supaya diberikan kefahaman yang benar terhadap Islam serta menuturkan kata-kata yang benar,niat yang tulus ikhlas dan mengerjakan segala amalan yang bermanfaat.Semoga beroleh rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.”

Begitulah sinopsis yang terdapat dibahagian belakang buku ini,Masakini masih ramai dikalangan Umat Islam yang memberi salah tafsir dan tanggapan yang salah terhadap agama suci ini.Pemikiran yang menyeleweng dari ajaran sebenar Islam masih menyelinap di setiap benak minda Umat Islam.Buku ini memaparkan buah fikiran yang sangat menarik bagi menangani salah tafsir atau salah faham agama Islam dari kalangan Umat Islam sendiri dan juga orang bukan Islam.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan buku ini,carilah di mana-mana kedai atau gedung buku yang berdekatan dengan Anda.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA

Untuk Buku Terdahulu: Dunia Buku

Catatan Abi-13


Walaupun PRK DUN Bagan Pinang dah berlalu beberapa hari dan keputusan dah di ketahui oleh semua orang seluruh Malaysia,bahkan Dunia pun tahu,Abi nak kongsikan Gambar-gambar dan sedikit catatan untuk pengunjung blog ni,dengan Izin Allah jua Abi dapat pergi walaupun pada awalnya macam tak jadi di sebabkan kad pengenalan terbawak ke sekolah oleh Ummi,apapun berkat tawakal dan paksaan Zulhaili dapat pergi juga..;)..

Inilah sebahagian gambar-gambar yang dapat di kongsikan,suasana dan realitinya PRK Dun Bagan Pinang..Tahniah pada Parti yang menang!..Realisasikanlah slogan Rakyat di dahulukan,Pencapaian di Utamakan..Dan yang tewas..Sama-samalah Muhasabah dan buatlah Postmortem untu kebaikan semua:)..


Ke Bagan Pinang-Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan

Sabtu,21Syawal 1430H bersamaan 11 Oktober 2009

Hari Sabtu

Jam 2.3o bertolak ke Bagan Pinang bersama Hj Syafie,Shahrudin dan Zulhaili

Destinasi Pertama ke Springhills Rumah Selangor







Ke Siliau Kempen Pilihanraya


Ke Ladang Bradwall


Bersama YB Dr.Syafie ADUN Bangi menyantuni pengundi ladang Bradwall


Suasana Malam di Port Dickson,Teluk Kemang Batu 9



Bermalam Di Masjid Mukim Mambau




Hari Ahad


Sarapan Pagi Di Warung IKHWAN Seremban 2


Ke Rumah Selangor,Springhills




Berangkat Ke Rumah Pemuda Selangor



Suasana Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Waktu Petang,Sebelum waktu pengundian di tutup












Untuk Catatan Abi Terdahulu: Dairi Abi


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BUAT INGATAN PARA SUAMI:10 Ciri Suami Mithali

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.

Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.

Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.

Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.

Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.

Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.

Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.

Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.

Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.

Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Dari Laman Blog: TUNGKARAN HATI